Monday, February 21, 2011

suatu kenangan....

Posted by life is great 10:07 PM, under | 1 comment

Hari ini aku tiba2 terkenang masa silam apabila aku terpandang seorang insan yang pernah bersama melalui zaman kecil ku..di ketika kami tidak mengenali apa2 melainkan keseronokan bermain saja..bermacam2 permainan kami terokai semata-mata mengisi zaman tersebut yang tidak mungkin lekang dek dipancari matahari mahupun ditimpa hujan..suatu zaman yang penuh kemanisan..memori berlari sekeliling kampung sehingga matahari terbenam cukup mengasyikkan ...kadang2 abang aku terpaksa mengejar dan merotan aku kerana leka bermain sehingga lupa hendak pulang....Tanpa aku sedari tangan ku  mengusap dahi..masih kelihatan parut  akibat jatuh tangga rumah makcik yang mengajar aku mengenali kitab suci Al-Quran . Fikiran mula melayang mengingati suasana menangkap ikan di bawah jambatan keretapi di hujung kampung bersama kawan aku itu ..selepas menangkap ikan kami akan mandi-manda beramai2 bersama rakan sekampung yang lain di tepi sungai yang airnya sangat jernih..semua itu tak mungkin berulang kembali..anak-anak zaman sekarang pun tidak berpeluang mengalami saat2 seperti itu kerana tuntutan pendidikan yang menyempitkan ruang untuk mereka..
namun sesuatu yang menyedihkan dan membuatkan aku sebak hari ini kerana rakan aku itu tidak seperti orang lain..ada masalah yang menghantuinya dan ia sudah berlarutan bertahun-tahun lamanya..dia tidak lagi ceria..semasa aku menegurnya tadi..sempat aku merenung jauh ke dalam matanya..aku nampak seolah-olah dia sudah putus harapan dan membiarkan dirinya yg tidak terurus itu ditelan masa tanpa apa2 usaha..seorang yang berpendidikan tinggi..pernah memiliki jawatan sebagai pendidik...kini semua itu menjadi sia-sia..aku cuma dapat berdoa pada Ilahi semoga dia akan berubah dan kembali normal seperti dulu..Amin..

Wednesday, February 16, 2011

syukur

Posted by life is great 5:15 PM, under | 1 comment

seperti pepatah inggeris." there is light at the end of tunnel"..kini ku menemui cahaya dalam hidup aku..hanya ku harap semoga ia akan berkekalan selamanya...insyallah akan ku tunai segala janji yg ku buat...Ya Allah..Ya Rahman...semoga engkau terus bersama kami...

Tuesday, February 15, 2011

umpama kapal tanpa nakhoda..

Posted by life is great 8:10 AM, under | No comments

kekecewaan ini bukan la sesuatu yg mudah..lebih2 lagi setelah menanam harapan mengunung lebih 7 tahun...bagi sesetengah org mereka ada pilihan lain..tetapi bagi aku segala2nya sudah berakhir..masa sudah suntuk..aku tidak mungkin kembali pada asal...semuanya sudah berkubur..tinggal hanya roh tanpa jasad..tiada yg dapat ku bawa sebagai kenangan...hanya kegagalan yg aku perlu tempuhi..tak tahu sampai bila..dan kemana hala tuju hidup ku..memberi harapan memang mudah tapi melaksanakan tidak semudah diucapkan......aku kini keseorangan..umpama kapal tanpa nakhoda

Friday, February 11, 2011

Renungan...............

Posted by life is great 9:42 PM, under | No comments

Winners have simply formed the habit of doing things losers don,t like to do..

asslamualaikum...

Posted by life is great 9:31 PM, under | 1 comment

alhamdullilah kini saya sudah memiliki blog sendiri..
atas semangat dan inisiatif seseorang maka terbitlah wadah ini sebagai pelengkap kehidupan sedia ada..kepada yang mengenali dan tidak mengenali silalah bersinggah-siur untuk mengukuhkan lagi tali silatulrahim sesama kita dengan nasihat-menasihati bagi menyempurnakan lagi kehidupan kita yang penuh dengan kelemahan dan kekurangan..
kita gunakan kemudahan ini dengan penuh berhemah supaya keupayaannya dapat dimaksimumkan bagi manfaat kita semua..