Monday, February 21, 2011

suatu kenangan....

Posted by life is great 10:07 PM, under | 1 comment

Hari ini aku tiba2 terkenang masa silam apabila aku terpandang seorang insan yang pernah bersama melalui zaman kecil ku..di ketika kami tidak mengenali apa2 melainkan keseronokan bermain saja..bermacam2 permainan kami terokai semata-mata mengisi zaman tersebut yang tidak mungkin lekang dek dipancari matahari mahupun ditimpa hujan..suatu zaman yang penuh kemanisan..memori berlari sekeliling kampung sehingga matahari terbenam cukup mengasyikkan ...kadang2 abang aku terpaksa mengejar dan merotan aku kerana leka bermain sehingga lupa hendak pulang....Tanpa aku sedari tangan ku  mengusap dahi..masih kelihatan parut  akibat jatuh tangga rumah makcik yang mengajar aku mengenali kitab suci Al-Quran . Fikiran mula melayang mengingati suasana menangkap ikan di bawah jambatan keretapi di hujung kampung bersama kawan aku itu ..selepas menangkap ikan kami akan mandi-manda beramai2 bersama rakan sekampung yang lain di tepi sungai yang airnya sangat jernih..semua itu tak mungkin berulang kembali..anak-anak zaman sekarang pun tidak berpeluang mengalami saat2 seperti itu kerana tuntutan pendidikan yang menyempitkan ruang untuk mereka..
namun sesuatu yang menyedihkan dan membuatkan aku sebak hari ini kerana rakan aku itu tidak seperti orang lain..ada masalah yang menghantuinya dan ia sudah berlarutan bertahun-tahun lamanya..dia tidak lagi ceria..semasa aku menegurnya tadi..sempat aku merenung jauh ke dalam matanya..aku nampak seolah-olah dia sudah putus harapan dan membiarkan dirinya yg tidak terurus itu ditelan masa tanpa apa2 usaha..seorang yang berpendidikan tinggi..pernah memiliki jawatan sebagai pendidik...kini semua itu menjadi sia-sia..aku cuma dapat berdoa pada Ilahi semoga dia akan berubah dan kembali normal seperti dulu..Amin..

1 comments:

Post a Comment